Monday, September 30, 2013

KEMAHIRAN MEMBACA

APA ITU MEMBACA???

Membaca adalah satu cara bagi mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis.

Sebagai pelajar, membaca menjadi suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu perkara atau konsep.

Bagi menjadi pembaca yang berkesan, kita mesti menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai dengan keupayaan kita.

Membaca biasanya berkait rapat dengan pelajar dan peperiksaan.

TEKNIK MEMBACA

Membaca boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu:

TEKNIK PEMBACAAN CEPAT dan TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN



TEKNIK PEMBACAAN CEPAT/ PANTAS


TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN) 

  • Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
  • Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
  • Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN)
  • Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
  • Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
  • Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca

TEKNIK SCANNING (IMBASAN)

  • Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
  • Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
  • Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
  • Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
  • Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
  • Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
  • Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada


TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN


TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN:
  • Untuk membuat analisis
  • Supaya lebih faham
  • Dapat menilai bahan bacaan
  • Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
  • Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan


TEKNIK SQ3R

  • SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
  • Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?

S- SURVEY (MENGKAJI)
  • Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
  • Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
  • Baca keterangan, carta dan grafik
  • Baca rumusan
  • Melihat bagaimana maklumat disampaikan
  • Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan

Q- QUESTION (MENYOAL)
  • Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
  • Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
  • Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
  • Bersoal jawab dengan rakan-rakan
  • Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab

3R- READ (MEMBACA)
  • Baca perlahan pada petikan yang sukar
  • Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
  • Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
  • Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
  • Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci

3R- RECITE (MENYEBUT)
  • Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
  • Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
  • Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan

3R- REVIEW (MENGULAS)
  • Ulas semula maklumat yang dibaca
  • Ulas soalan dan jawapan
  • Buat ulasan nota
  • Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
  • Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar


TEKNIK MEMBACA KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

  • K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
  • W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
  • L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca) 
  • H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)

TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
  • Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
  • Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
  • Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
  • Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
  • Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
  • Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
  • Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
  • Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan

Dalam konteks pengajaran, para pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti di bawah ini, sekiranya dikehendaki menggunakan borang KWLH:




2 comments:

  1. Best games for real money casino - DrmCD
    I had this to say, a casino baoji titanium that I 논산 출장마사지 love and play for money? Not 청주 출장샵 only does this casino have great payouts, but they also offer 여수 출장마사지 some fantastic 대구광역 출장샵 promotions

    ReplyDelete